Thursday, January 26, 2012

I Am Home... :'(

Assalamualaikum.. Semua..


Saya dah pulang!


Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa aku balik lebih awal dari yang sepatutnya..?


Nampaknya, kesihatan aku tidak mengizinkan aku untuk beraktiviti lasak dan ganas seperti yang di latihan tu..


Pada hari ke-3 latihan, akak senior telah berbaik hati untuk membawa aku ke Pusat Kesihatan, rupa-rupanya aku ni ada  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _   _ _ _ _ _ _ . Ayah risau, so aku pun pulanglah ke rumah tercinta.


Alhamdulillah, setelah rehat yang cukup, badan aku yang pada mulanya macam nak patah, bengkak dan lebam sana-sini sudah beransur pulih. Tapi aku tak berapa nak boleh angkat tangan aku la, sakit gila pegang trumpet yang berat gila tuh.


Balik rumah pulak, aku demammmm... Demam ni memang hobi aku. ^_^


Oleh kerana aku skip latihan brass band untuk semester ni, semester depan aku kena ambil latihan ni lagi, HUHUHUHU. Takpelah, dah terpaksa, nak buat macam mana.. Korbankan kesihatan semata-mata untuk TIDAK gagal dalam ko-kurikulum. Sadis kan? >.<


Tapi aku dah taubatttttt tak nak main trumpet daaahhh. Semput aku tak cukup oksigen..... Leader aku pun suruh main percussion (yang banyak drum tuh) semester depan.


So, aku mohon, korang doa lah aku tak gagal subjek ko-kurikulum semester ni, ye? :(




P/S: Tak jumpa jodoh pun sepanjang 3 hari aku kat latihan tuh.. JODOHKU.. CEPATLAH DATANGGGGG...

P/S/S: Semoga jodohku sihat sejahtera, dimurahkan rezeki, dan bahagia selalu dimana jua dia berada, siapapun dia... :)


P/S/S/S: Add me on Skype!! Username: hana.anuar






Love,


Hana.

0 Bla-Bla-Bla's: