Thursday, December 29, 2011

Perananmu Dalam Sesebuah Ukhwah Itu..

Apabila kita menyayangi atau menghargai seseorang, terimalah dia seadanya.


Jika dia adalah seorang yang tegas, tegaskan juga hatimu, supaya tidak mudah berkecil hati dengan ketegasannya.


Jika dia membuat dirimu sedikit terluka, anggaplah itu sebagai penguji sesuatu ukhwah atau silaturrahim itu.


Jangan terlalu cepat menghakimi dia, kerana anda tidak tahu dan tidak melalui masa lalunya.


Jika dia diam seribu bahasa, janganlah berkata-kata, cukup sekadar memberi senyuman, dalam hati dirimu mengatakan padanya, "Jangan risau. Aku ada disini. Tak kira apa jua yang berlaku, insyaAllah.".


Jika dia sedang marah, jangan disimbah lagi api kemarahannya dengan api. Tapi jadilah air. Seperti angin yang lembut, tidak perlulah memaksa.


Jika dia ketawa, kita ketawa bersama.


Ketika dia bersedih, jadilah telinganya, dan teman sejatinya.


Yang penting, selagi tidak memudaratkan dirimu dan dirinya, jadilah dirimu sendiri. Tidak perlu menjadi seseorang yang bukan dirimu untuk orang lain.


Lakukanlah semuanya kerana ALLAH SWT. :)




P/S: Yang di atas ini semua tidak semestinya untuk kekasih ya, saya lebih memfokuskan dalam konteks persahabatan. :)


May Allah bless all of you. Amin. :)




Love,


Hana.

0 Bla-Bla-Bla's: